Sejak kebelakangan ini, surat khabar Melayu tempatan -- Utusan Melayu telah terlibat dengan pelbagai isu politik yang melebihi fungsinya sebagai media massa untuk menyampaikan maklumat.
Kini, Ahli Parlimen Seputeh, Cik Teresa Kok telah memfailkan satu guaman fitnah terhadap Utusan Melayu dan seorang pengarang iaitu Mohd Zaini Hassan menuntut untuk RM30 juta sebagai gantirugi yang dikatakan menyebabkan beliau ditangkap dan dipenjarakan sebanyak 7 hari di bawah Akta Sekuriti Dalaman ("ISA").
Menurut laporan,beliau menuntut RM30 juta untuk satu artikel yang bergelaran "Azan, Jawi, Jais, UiTM dan ba-alif-ba-ya" yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia pada 10 September 2008 yang dikatakan sebagai dengan niat jahat untuk menfitnah beliau.
Utusan Malaysia atau sebelumnya Utusan Melayu yang ditulis dalam jawi mula diterbitkan di Kuala Lumpur pada sekitar 29 Mei 1939 setelah ibu pejabatnya dipindah dari Singapura ke Malaysia.
Sebagai sebuah surat khabar kebangsaan Melayu, Utusan Melayu telah menjadi medan untuk menuntut kemerdekaan dan mengalakan idealisme bahasa dan sastera Melayu.
Dalam sejarah Malaysia, adalah dipercayai bahawa hanya wujud sekali sahaja demontrasi dan mogok yang melibatkan wartawan Melayu dan pekerja mereka iaitu pada sekitar tahun 1961.
Tindakan mogok ini yang mengambil masa lebih kurang 100 hari bermula pada tahun 1961 apabila para pekerja Utusan Melayu mogok demi mempertahankan kebebasan media dan berita.
Pada masa itu, Utusan Melayu yang kerap mengkritik Perdana Menteri pada masa itu, Tunku Abdul Rahman telah mendapati bahawa Ketua Editor dan CEO surat khabar tersebut yang bakal dilantik merupakan ahli UMNO.
Tokoh terkenal dan wartawan seperti Said Zahari, Usman Awang, Abu Zaki Fadzil, Awamilarsarkam dan lain-lain lagi telah dikatakan terlibat dalam tindakan mogok ini demi mempertahankan kebebasan media.
Antara sebab-sebab lain yang dikatakan menyebabkan tindakan mogok ini adalah polisi yang dikenakan terhadap wartawan dan pekerja Utusan Melayu di mana mereka dipercayai bahawa polisi tahun 1959 yang bakal dikuatkuasakan oleh ahli UMNO terlibat bakal menjejaskan kemerdekaan wartawan dalam menjalankan tugas mereka.
Untuk mempertahankan kebebasan media dan surat khabar mereka, adalah dikatakan bahawa Said Zahari telah memimpin wartawan-wartawan dan pekerja-pekerja kilang penerbitan membantah perlantikan ahli UMNO yang berkenaan dan meminta agar orang yang tidak mempunyai latar belakang politik dilantik sebagai Ketua Editor dan CEO.
Adalah tuntutan mereka agar pihak pengurusan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum 21 Julai 1961 atau mereka akan mogok.
Pada 21 Julai 1961, mereka telah memulakan mogok yang bertahan sebanyak 93 hari dan berakhir pada 21 Oktober tahun yang sama.
Semasa mogok, mereka mendirikan khemah di luar pejabat Utusan dan menjaga di situ. Pada mulanya, mereka yang menyertai mogok cuba menghalang pekerja yang berniat bekerja untuk memasuki pejabat, walaubagaimanpun, mereka kemudiannya berhenti tindakan sedemikian.
Setelah lebih kurang satu bulan, Said Zahari telah dihalau ke negeri Singapura di mana beliau kemudiannya dikatakan telah ditahan sebagai banduan politik di situ.
Ada yang kata bahawa beliau telah diarahkan balik ke Singapura semasa dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur setelah melawat pekerja Utusan di Singapura yang menyertai morok yang berkenaan.
Setelah kehilangan ketua mereka, campurtangan daripada pihak polis juga menyebabkan pengikut-pengikut yang terdiri daripada pekerja dan wartawan berpecah belah. Atas dasar pihak pengurusan yang bersedia untuk menerima mereka yang mogok dan membayar gaji mereka telah menyebabkan mereka yang mogok berpecah pandangan dan apabila khemah-khemah mereka dirosakkan, pihak jawatankuasa mogok terpaksa menghentikan tindakan mereka.
Adalah dikatakan bahawa pihak politik masih menguasai surat khabar ini sehingga hari ini.
Rujukan: terbitan Strategic Info Research Developmen - Kuasa Rakyat- tradisi yang tidak berhenti
- laman web yang berkenaan di bawah carian "Utusan Melayu" atau "Utusan Malaysia".
Wednesday, October 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment