Hari ini (24.05.2009), Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia bersama dengan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon telah bersama-sama melancarkan "Minggu Perpaduan Tahun 2009" pada pukul 10 pagi di IOI Mall, Puchong Selangor.
Tidak dinafikan, walaupun setelah 46 tahun Malaysia ditubuhkan, perhubungan etnik di Malaysia masih berasaskan semangat daerah, kaum, agama dan kebudayaan asal usul masing-masing.
Saya berpendapat tidak salah untuk setiap kaum mengekalkan identiti kaum masing-masing di Malaysia. Walaubagaimanapun, apa yang menyedihkan adalah, kebanyakkan rakyat Malaysia masih hidup di zon keselesaan masing-masing dan tidak berusaha untuk berinteraksi dengan kaum lain di Malaysia.
Adalah amat merbahaya seandainya dengan perkembangan penduduk di Malaysia ini, kaum masing-masing semakin terikat dengan zon selesa masing-masing yang mana kaum Melayu hanya hidup antara Melayu, Kaum Tiong Hua hanya berinteraksi sesama masyarakat Tiong Hua dan Kaum India hanya bermasyarakat di kalangan rakyat India sahaja.
Seperti yang ditunjukkan dalam wayang "TaleNtime" yang diarahkan Yasmin Ahmad, sekiranya rakyat Malaysia kekal mencuriga terhadap kaum lain di Malaysia, kita akan senantiasa dikurung dalam komuniti kita yang menyebabkan satu beban psikologi yang tidak memanfaatkan mana-mana pihak.
Adalah pendapat saya, terdapat sebahagian pihak rakyat Malaysia yang cuba untuk memecahkan sempadan perkauman dan menghidupkan satu identiti kebangsaan Malaysia, tetapi kebanyakan rakyat Malaysia yang masih enggan untuk melepaskan kebanggaan kaum dan agama. Contohnya pegangan terhadap keutuhan agama Islam dan status Bumiputra oleh kaum Melayu, kebanggaan terhadap kebudayaan 5000 tahun dan pencapaian kaum oleh kaum Tiong Hua dan kepentingan kepada perikatan agaama dan status keluarga oleh kaum India.
Pegangan identiti kaum merupakan satu norma antarabangsa dan untuk mencapai perpaduan, kita tidak perlu mengadakan polisi asimilasi seperti di negara lain seperti Thailand dan Indonesia untuk mencapai perpaduan kebangsaan. Sekiranya rakyat Malaysia bekerjasama, mempunyai matlamat yang sama, menghadapi rintangan yang sama dan menghargai pencapaian bersama, kita telah bersatu dan perpaduan bukan sekadar satu slogan.
Sunday, May 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
whenever people asking any Malaysian students, regardless of ethnics, where they come from.their answers are always like this : we are malaysian. however when they come back to their homeland Malaysia, they are in the different tones : i am a Malays or i am a Chinese or i am an Indian. why are there existing these different tones? it is something in urgency for us to have a deep thought.....
Post a Comment